lihat


aku melihat bayang mu dari jauh
alangkah indahnya jika aku sebahagian dari bayang itu
agar dapat aku ikut mu dimerata

aku melihat bulan bintang di langit
alangkah indahnya jika aku salah satu dari mereka
agar dapat aku lihat mu walau dari jauh

aku melihat dedaun jatuh di bahu mu
alangkah indahnya andai aku salah satu dari daun itu
agar dapat aku teduh biar sebentar di bahumu

cintakah aku padamu?
sedang melihat kamu dari jauh saja aku sudah bahagia
mungkin aku jatuh hati
tapi aku tidak mahu meniggalkan sejarah lama

jadi biarlah kau aku lihat sahaja
mungkin terpadam rindu dendam apabila melihatmu


Comments

Popular Posts