Tidak ada Jawapan
Tidak ada jawapan
Yang boleh aku berikan
Agar memuas segala soalan mu
Kau hanya mampu aku sabarkan
Dan terus terus aku doakan
Agar diamlah suara bisikan yang menganggu malam mu
Biar tenang kembali engkau lena dalam tidur
Tidak ada jawapan
Yang mampu aku suarakan
Agar senyap segala pertanyaan mu
Kerana tidak pernah kurang kasih ku
Tidak pernah haus sayang ku
Masih sama walau cara berbeda
Yang berubah hanya waktu
Waktu yang senantiasa mencemburui
Orang orang yang mengejar
Tidak ada jawapan
Yang boleh aku luahkan
Agar terhapus segala sangsi
Terbuang segala tangis
Agar kembali kau kebumi ini
Aku tidak ada jawapan
Yang aku tahu
Hidupku adalah bakti
Maka sudilah kiranya bakti ini aku taburkan
Selama mana diizin Tuhan.
Comments
Post a Comment