kenapa aku tulis
tanya aku mengapa aku tulis
apa sudah bagus tulisan ku
apa sudah hebat bahasa ku
jujurnya tidak
aku benci bahasa ini
kerana dari bahasa ini aku dibenci ramai
kata mereka bahasa jiwa bangsa
aku benci bangsaku sendiri
benci kerana pada mereka
aku bertutur bahasa berbeza
namun jatuh cinta dengan dalamnya maksud sebuah kata
namun aku jatuh cinta pada indahnya asal bangsa ini
kenapa aku tulis
kerana sudah letih bersuara
kerana sudah tiada sudi mendengar
kerana sudah lelah berbicara
kenapa aku tulis
kerana aku sedang bercinta
kerana hati ini sedang berbunga
kerana jari ini rindu menari indah
kenapa aku tulis
kerana jika aku pendam
aku bakal terluka lagi
aku bakal kecewa lagi
jadi
biar aku tulis
biar jariku menari
biar otak ku berbicara
kerana
sejujurnya tiada yang sudi peduli
mengapa aku menulis
Comments
Post a Comment