biar
aku tidak mahu bercinta lagi
kerana terlalu takut untuk sakitnya
kerana aku tidak mahu terikat lagi
kerana rindu itu sukar ditahan peritnya
biar aku terbang bebas
jangan diikat aku dengan janji palsumu
aku ingin terbang jauh ke angkasa sana
menggapai bulan bintang
biar aku bernafas tenang
biar aku tarikan jemari ku dengan indah
jangan kau ungkap kasih dan sayang
jujur aku sudah biasa
biar aku sendiri begini
sesungguhnya aku lelah dengan cinta dahulu
biar akalku ligat berbicara
meski tanpa cinta ia hidup jua
biar aku bercinta dengan bait bait kata
biar aku bercinta dengan indahnya bahasa
biar aku bercinta dengan tuhan yang seringku lupa
Comments
Post a Comment