pergi




benarkah?
kata mereka kau pergi jauh
benarkah?

pergi tinggalkan cinta dan nyawa
pergi tinggalkan hati dan jiwa
pergi tinggalkan harta dan benda

bagaimana yang mereka kata kau pergi
sedang di hatiku kau masih disini

bagaimana yang mereka kata kau pergi 
sedang semalam kau masih mencintai

bagaimana mereka kata kau pergi
sedang di memoriku kau hidup lagi

bagaimana mereka kata kau pergi
bagaimana?

jadi padaku kau tak pergi
jadi padaku kau masih disini
jadi padaku kau masih mencintai 

tidak bukan kau yang pergi
jasadmu sahaja yang pergi
dihati ku kau tetap disini

Comments

Popular Posts