puisi untuk jantung hati
ratusan purnama sudah aku menunggu
tiap saat tiap detik aku hitung
hari hari aku menanti
saat akhirnya kau terlihat aku
sungguh aku beruntung punyai kau
kau yang menghilangkan amarah
menghembuskan rasa tenang
menghidupkan getar jwa
kau mewujudkan rasa
yang belum pernah aku ketahui wujudnya
kau melahirkan impian
yang selama ini aku tidak berani fikirkan
setiap nafas aku inginkan wangianmu
harum semerbak yang terlalu aku rindui
setiap detik aku mengira
dan aku masih berkira saat kita dipertemukan kembali
kau meyakinkan aku saat buntu
saat aku terasa kosong
kau kembalikan segala semangat azimat
segala penguat segala sokongan
kau sering bertanya mengapa aku pilih kau
kerana belum pernah
seorang ratu yang sering kesunyian ini
hatinya diketuk seseorang yang begitu menyayanginya
kerana kau cinta hati paling agung
terlalu kasihnya kau pada aku
sehingga aku tiada rasa kekurangan sedikit pun
abadinya kau di dalam hati aku selamanya
sungguh
tiada aku berdusta walau sedikit
aku menyayangi mu
biar maut sahaja jadi punca pemisah kita
tiap saat tiap detik aku hitung
hari hari aku menanti
saat akhirnya kau terlihat aku
sungguh aku beruntung punyai kau
kau yang menghilangkan amarah
menghembuskan rasa tenang
menghidupkan getar jwa
kau mewujudkan rasa
yang belum pernah aku ketahui wujudnya
kau melahirkan impian
yang selama ini aku tidak berani fikirkan
setiap nafas aku inginkan wangianmu
harum semerbak yang terlalu aku rindui
setiap detik aku mengira
dan aku masih berkira saat kita dipertemukan kembali
kau meyakinkan aku saat buntu
saat aku terasa kosong
kau kembalikan segala semangat azimat
segala penguat segala sokongan
kau sering bertanya mengapa aku pilih kau
kerana belum pernah
seorang ratu yang sering kesunyian ini
hatinya diketuk seseorang yang begitu menyayanginya
kerana kau cinta hati paling agung
terlalu kasihnya kau pada aku
sehingga aku tiada rasa kekurangan sedikit pun
abadinya kau di dalam hati aku selamanya
sungguh
tiada aku berdusta walau sedikit
aku menyayangi mu
biar maut sahaja jadi punca pemisah kita
Comments
Post a Comment