berumah

pada asalnya
hati ini kosong tiada berpenghuni
tiada yang peduli
tiada yang menetap

sehingga kau datang bertamu
kau yang asalnya juga tiada mahu menetap
akhirnya berumah di hati aku
mengisi segala tempat kosong dalam hati

tetapi mungkin sedikit terlewat
kerana aku suka acap kali dilukai
sehingga hilang terlupa bagaimana bila hati dihuni
yang difikiranku kau juga tiada niat berlamaan

aku harap kau setia berumah di hatiku
meski tiada apa yang istimewa
aku harap kau sudi selamanya di situ
aku harap tiada kau jemu berumah dalam hati aku

Comments

Popular Posts