tolong

tolong jangan kau khabarkan aku tentang perpisahan
berpisah hidup atau mati
jangan sebut walau sebaris
jangan difikir walau sejenak

setiap baris ayat perpisahan itu
umpama kau hiris hiris hati aku
setiap dengung ayat kau
umpama keris berbisa menusuk nusuk hati aku

bukan kau pernah berjanji tidak melukakan aku lagi?
setiap baris ayat yang kau bicarakan
apabila mengenai berpisah
ia merobek robek hati aku

jangan lagi kau khabarkan aku tentang perpisahan
pedihnya menusuk kalbu
memusnahkan impian
menghancurkan bahagia

biarkan saja bahagia sejenak ini
jangan fikirkan perpisahan
jangan terlintas walau sejenak
kerana aku juga tahu ini sementara

dan hakikat sementara itu saja
cukup untuk menghancurkan aku

Comments

Popular Posts