Rumah
Nanti,
Sudah puas kau bermain di luar,
Pulanglah kepada aku,
Sudah aku hangatkan rumah untuk kau.
Aku sesungguhnya kasihan,
Melihat engkau berkelana di sana,
Memastikan masa terisi,
Agar kau lupa sunyi di hati.
Aku mahu kau tahu,
Setelah penat engkau nanti,
Akan aku peluk erat dirimu,
Semoga berganti keringat yang hilang sepanjang hari.
Tidak apa,
Ambillah selama mana juga,
Rumah kau tak akan kemana-mana,
Disini sehingga kau tiba.
Comments
Post a Comment