Izin
Apa boleh diizinkan
Aku menatap wajahmu itu
Tidak perlu bersua muka
Cukup hanya bertemu
Bayangmu sepintas lalu
Diizin menunggu mu selama ini satu penghormatan
Entah siapa kau
Entah kenapa kau yang dihati
Telah ku cuba cari yang lain
Tetap juga kau tiada berganti
Aku mendengar suaramu
Tidak perlu lunak berlagu
Cukup suara tapak kasut kau berjalan
Diizin berperasaan dengan mu juga satu syukur
Buat aku yang kehausan rindu cinta dari kau
Tidak perlu aku dilihat
Tidak perlu aku didengar
Cukup disampai salam
Lewat angin malam yang berlalu
Bersama mu itu
Tidak perlu aku bahagia
Cukuplah kau hanya setia
Akan aku korban harta nyawa
Diizin mengenali kau juga satu nikmat
Yang bersamanya tiada dapat aku dustakan
Tidak perlu kau membalas
Tidak perlu kau menyahut
Cukup kau mengetahui
Kelak ketika kau sunyi
Tiada siapa menemani
Dan kau tidak mahu bersendiri
Semoga kau tahu aku disini menanti
Comments
Post a Comment