Sahaya Ini
sekuntum bunga
tiada berbau, tiada juga berwarna
menghidup cuma berbakti pada yang dicinta
mengharap sinar mentari memimjam sedikit nyawa
serpihan kaca tidak bercahaya
tidak pula berkilau, tiada berhias juga
cukup diguna melihat bayangan sahaja
namun di mata mu tetap berguna
tidaklah indah sahaya ini
tidak juga sempurna, tiada yang istimewa
tiada apa dapat dipersembah
tiada harta membawa hadiah
sungguh maha matamu
kerana menyempurnakan sahaya ini
yang serba kekurangan, yang tidak dipandang endah
namun di mata mu tetap indah
Comments
Post a Comment