Sang Perindu

sang perindu itu

jiwanya kelelahan 

menanti sebuah jawapan yang mungkin tidak ada 

seperti juga si pungguk menanti si bulan


entah dari mana datang kekuatan

sang perindu itu

meski dibatas jarak, masa dan tempat 

masih juga dia disitu


apa boleh dibuang rasa ini

agar hilang hapus sang perindu itu

biar dia jalan terus tiada tertoleh kebelakang lagi

ikuti sahaja arah kemana angin menolak diri 


tetapi sang perindu kekal dengan hakikatnya

dia tetap dengan sumpah setia 

biar terukir batu seribu tahun dititis air 

tetap juga dia menanti jawapan dari si dia


Comments

Popular Posts