Aku dan Kau

"apa cara lain yang boleh disampaikan, untuk memberitahu bahawa kau mencintai aku?"

"semoga malam ini kau bertemu aku di dalam mimpi akan ku peluk dakap habis hilang kerinduan kau padaku "

"apa ada lagi?"

"kadangkala aku yakin angin yang datang menghembus dingin pipi aku itu, sebenarnya menyampaikan salam rindu dari engkau. dan hujan yang beralun lembut ditingkap cermin kau, sebenarnya air mata aku yang turut menanti kapan kita jumpa lagi"

"ada lagi?"

"aku hidupkan nama kau didalam setiap doa, dibawah helaan nafas setiap sujud, pada setiap sabda tahajjud. biar tuhan saksikan betapa doa kita berperang untuk dikabulkan" 

"dan kau? bagaimana cara kau memberitahu aku, bahawa kau mencintai aku?"

"pada setiap langkah kau berjalan, aku akan pastikan dibawahnya ada aku yang menghapus semua kesusahan, agar lancarlah kau berjalan tiada kesakitan"



Comments

Popular Posts