Pantun Menanti
Rajawali gagah dengan sayapnya,
Naga menanti di Tasik Chini,
Tidakkah tuan teringin bertanya,Siapa gerangan si gadis ini?
Merah mekar si bunga raya,
Tempat bertandang si rama-rama,
Tidakkah tuan kesiankan saya,
Menunggu sudah sekian lama.
Kunci pintu pasangkan selak,
Biar selamat ibu dan budak,
Jika mahu, jangan ditolak,
Jika tidak, katakan tidak.
Musim panas bercuaca terik,
Hujan datang melimpah paya,
Jika tuan orang yang baik,
Tolong akhirkan penantian saya.
Comments
Post a Comment