Rahsia

Mengapa perlu isi hati aku dibongkar
Dijerit dicanang pada dunia 
Bukankah lebih baik di diamkan sahaja 
Menjadi rahsia, tak diketahui umum
Tapi tertulis di langit

Baiknya aku simpan sahaja engkau 
Pada bisik bisik malamku
Pada suara suara angin yang berlalu 
Pada gempitan awanan hujan yang pilu 

Apakala aku bertelanjang kini
Segala rahsia diketahui
Terbongkar habis isi hati
Apakah kau akan menerima aku ini

Dan kalau jawapan kau tidak
Apa lagi yang harus lakukan 
Pada hati yang telah kau baca isinya itu
Patutkah aku padamkan atau lupakan 


Comments

Popular Posts