Buntu

Belum pernah lagi aku merasakan

Saatnya aku benar benar ingin menulis

Namun jari membeku, otak terhenti

Terlalu berat apa yang aku rasakan 

Tak dapat dinyatakan dalam tulisan

Tak dapat diluah dengan kata-kata 


Bukankah mudah kalau kau baca saja fikiran aku

Agar terjelas semua tiada kekeliruan 

Tidak perlu kata-kata

Cuma pertukaran pandangan 


Apa perlu aku bongkar isi hati

Sedangkan begitu indah diketidak tahuan 

Aku sedang bahagia dalam angan angan 

Maka aku tidak sudi dibangunkan 


Biar aku lena dibuai mimpi indah 

Bersama kau yang tidak wujud itu

Kalau kau tahu isi hati aku

Dan ingin kau berikan ia jawapan

Apakah masih wujud impian? 


Aku tidak mahu berhenti lagi berimagin

Mengapa perlu aku bangun memijak bumi 

Tidak bolehkah dibiar tanpa jawapan 

Tenang tanpa dikecewakan



Comments

Popular Posts