Bolehkah?

bolehkah walau sekejap sahaja? 

teringin benar aku
berada pada tanah yang sama 
berdiri dibawah langit yang selari
menghidup pada udara yang serupa

bolehkah walau sekejap sahaja? 

teringin benar aku 
merasai keberadaan engkau 
tidak perlu tukar pandangan 
tidak perlu kau tahu aku wujud 

bolehkah walau sekejap sahaja?

tidak perlu bahagia 
menderita juga aku sanggup
asalkan dapat merasai sebentar 
bersama di keberadaan engkau 

cukup seketika cuma 
bolehkah? 

 

Comments

Popular Posts