Kau

Yang paling berat dilepaskan 

Kerana disitu telah aku semai segala pengharapan

Sudah subur bayangan masa hadapan 

Hancurnya kini terpaksa aku telan


Yang paling lama dinanti

Habis hilang damai dihati

Yang tinggal amarah tiada berganti

Bukan kepada engkau benci ini

Tetapi pada diriku sendiri


Yang menyerabut fikiran

Sehingga aku tiada daya lagi meluah isi dalaman

Tiada kata mampu jelaskan

Betapa sulitnya perasaan 


Yang paling susah aku ikhlaskan

Kerana masih tersisa pengharapan

Masih berbaki rasa kasihan 

Masih si pungguk menanti rembulan


Yang paling dalam tersimpan

Kau sentiasa aku abadikan

Bahagiamu sentiasa aku impikan 

Namamu sentiasa aku langitkan

Comments

Popular Posts