hilang



hati menjerit mohon didengar
puas meraung sekitar semesta
bingitnya mampu menelan segala bahagia

namun hingga pecah berderai hati
tetap tiada yang mendengar
dunia masih riuh
mengesahkan ceritera tiada berpenghujung

batin menangis mohon dipujuk
tadah air mata itu
bisa menyuburkan seluruh isi alam

namun berhabislah air mata
tetap jua tawa menggilai tiada memperduli
seolah tiada bermakna apa
semarhaen cuma

nyawa mohon diputuskan sahaja
penat berlari membahagia cinta
tetap hati menjerit
tetap batin menangis


Comments

Popular Posts