Sudah
Sudah ya?
Kamu aku lepaskan dahulu.
Mesti telah kau aku sayangi,
Dah telah lewat beberapa masa indah bersama,
Tapi kau aku lepaskan dahulu.
Sudah ya?
Aku tetap merindui mu,
Sebatas mana diizin Tuhan.
Tapi nama mu tiada lagi aku langitkan,
Mimpi dipelukan mu sudah aku lupakan.
Sudah ya?
Aku hapuskan semua angan tentang dirimu,
Semoga kau bahagia bahagia saja,
Aku juga tak pernah inginkan kau menderita.
Sudah ya?
Aku takkan menanti mu lagi,
Kau telah menutup rapat pintu hati,
Semoga kau jumpa apa kau cari.
Sudah ya?
Sampai sini sahaja kita,
Sebatas satu detik masa,
Seumur hidup menderita.
Tapi,
Sudah, aku lepaskan kau pergi.
Comments
Post a Comment