Perlahankan masa
Perlahankan sedikit,
Kayuhan mu, masa.
Aku belum puas muda
Belum puas bersenangan
Dibahu ringan tanpa beban.
Perlahankan sedikit,
Kayuhan mu, masa.
Belum lena aku direbahan bonda
Belum hilang dahaga kasih ayahanda
Belum cukup ditatang dijaga.
Perlahankan sedikit,
Kayuhan mu, masa.
Aku merindukan dia
Rindu tatapan luhur hatinya
Rindu elusan tangan lembutnya
Perlahankan sedikit,
Kayuhan mu, masa.
Biarkan aku hilang
Aku rindukan bebas
Menari nari didalam dunia tanpa batas.
Perlahankan sedikit,
Kayuhan mu, masa.
Aku tidak mahu belajar kehilangan
Tidak mahu rasa sakit ditinggalkan
Tidak rela mati kesunyian.
Perlahankan sedikit,
Kayuhan mu, masa.
Biar aku ralit dibobok cinta
Biar aku rasa diulik rindu
Biarkan aku beradu.
Comments
Post a Comment