Dia
Dia bunga merah berwarna
Tetapi kau si kumbang yang buta
Jadi merah warna si bunga
Tiada kau lihat indahnya dia
Dia si rembulan setia
Bersedia sumpah menjanji bahagia
Tetapi kau tak faham erti setia
Jadi kau buang dia tanpa bicara
Dia intan batu permata
Yang kau pilih bayangan si cermin kaca
Kerana kau tak reti akan beza
Pantulan bayang atau cahaya
Comments
Post a Comment