Kau tak reti bercinta

Kau tak reti bercinta,
Jadi kau tak tahu erti kasih,
Kau tak pernah merasa betapa gelisah jiwa,
Bila yang dikasih dicinta tiada dimata

Kau tak pernah merasa nikmatnya ehsan,
Jadi kau tak pernah tahu rasa dihargai,
Diberi segala yang didunia,
Dihidang ditatang penuh sayang 

Kau tak faham rindu dendam,
Jadi kau tak pernah merasa,
Nikmatnya berselisihan meski sesaat,
Cukuplah itu dijadikan azimat

Kau tak tahu enaknya korban,
Semuanya akan diserah sekelip mata, 
Sakit seksa korbanan itu tidak terasa,
Kerana kau sanggup, apa saja, asal dia bahagia

Tidak,
Kau tak reti bercinta,
Bermatian berkasih bersayang,
Bermadah rindu dendam, 
Berkorban jiwa raga,
Zahir batin terluka tidak mengapa,
Segalanya sedia diserah,
Asal dia bahagia. 

Comments

Popular Posts