Ini sahajakah kita?
Ini sahajakah kita, kecintaanku
Mengharap angin tiupkan dedaun kering
Bersama cuma sesaat
Kembali sudahnya berpisah
Tertiup angin lalu hilang kembali
Ini sahajakah kita, kerinduanku
Sejenak mencuri masa yang dipinjam takdir
Belisihan cuma bayang
Tiada berjasad
Habis masa dicuri lalu hilang kembali
Ini sahajakah kita, degup jantungku
Berkiriman yang tidak sudi diterima
Dibalas jauh sekali
Balas cuma sekadar sedar
Setelah selesai lalu hilang kembali
Ini sahajakah kita, nada laguku
Apakah tamak
Sekiranya semua ini tidak cukup bagiku
Sungguh lebih yang aku inginkan
Kau balas seadanya lalu hilang kembali
Ini sahajakah kita?
Comments
Post a Comment