Selepas Engkau

Andai diberi izin aku menyintai yang lain
Semoga si dia boleh menerima kurangnya hati aku yang telah aku bahagi kepada engkau

Hati yang telah aku habiskan untuk engkau 
Apalah yang tersisa kini 
Setelah kau pandang sepi
Dibiar tiada berbalas 

Kalau diberi izin aku menyintai yang lain 
Semoga sudilah kiranya dia menerima
Serpihan rasa yang tawar kerana telah aku habiskan sepenuh rasa kepada engkau

Rasa yang aku telah aku habiskan
Yang tidak pun sekali ingin kau jamah rasa itu
Sungguh aku yang kerugian
Merasai kasihku kepada engkau yang tidak berkeinginan 

Comments

Popular Posts