Kisah Cinta

Mahu kau aku ceritakan kisahnya mereka
Dua insan tiada bernama itu
Terluka hati yang lara 
Akibat cinta jiwa merana

Si jejaka itu
Dilukakan hati rapuhnya 
Tertusuk tajam
Hingga bercelaru diri
Berpurnama menyepi 
Mencari jalan gelita tiada bercahaya

Si gadis itu
Tiada nasib bercinta 
Kesemua tiada berpenghujung
Terhenti selalu tanpa angkara
Namun hatinya bak musafir rindu
Terus menunggu bukanya hati si jejaka

Berpurnama habis menunggu bahagia
Apa penghujung jalan mereka
Disana terlihat gembira
Disini menanti setia
Dapatkah berpenghujung cahaya
Mungkinkah keduanya bersama

Comments

Popular Posts