Jilid penghabisan

Bawa aku ke pengakhiran
Ke tempat jilid terakhir
Dimana semua bersorakan
Tiada sedih tiada tangisan

Aku tersekat di jilid penuh kesakitan
Di jilid yang pembaca kurang berkenan
Selalunya tidak dicerita jilid ini
Kerana terlalu banyak penderitaan

Habiskan sahaja buku ini
Tutup saja
Aku tidak mau terus lagi
Biar di jilid ini sahaja

Pembaca juga banyak tak faham
Mungkin terlalu banyak lopong dalam buku ini
Terlalu kosong
Tiada yang menarik

Entahlah
Adakah ini pengakhiran?
Jilid yang terakhir kah?
Ya, inilah dia yang penghabisan


Comments

Popular Posts