Terbanglah
Dulu kau katakan
Kau takut aku terbang
Kerana kau tiada apa
Ketika itu
Tangan kau aku gapai
Aku janji bersumpah setia
Sekarang kau berharta
Aku masih disini
Kau sudah jauh
Kau suruh aku terbang mencari lain
Jangan ganggu kau lagi
Kau suruh aku berdikari
Mudah benar kau lupa
Senang benar kau suruh aku pergi
Sedang aku sudah pasak kaki kebumi
Rupanya harta mengaburi kau
Kau ingin bebas, kau ingin terbang
Kau ingin berkawanan baharu
Tak mengapa
Aku tutup pintu hati
Aku bekukan perasaan
Kau mahu sangat terbang
Pergilah kau dengan sayap baru kau
Terbanglah kau setinggi awan
Sayap aku patah
Aku tak boleh terbang
Jadi biarlah aku dibumi sahaja
Kau takut aku terbang
Kerana kau tiada apa
Ketika itu
Tangan kau aku gapai
Aku janji bersumpah setia
Sekarang kau berharta
Aku masih disini
Kau sudah jauh
Kau suruh aku terbang mencari lain
Jangan ganggu kau lagi
Kau suruh aku berdikari
Mudah benar kau lupa
Senang benar kau suruh aku pergi
Sedang aku sudah pasak kaki kebumi
Rupanya harta mengaburi kau
Kau ingin bebas, kau ingin terbang
Kau ingin berkawanan baharu
Tak mengapa
Aku tutup pintu hati
Aku bekukan perasaan
Kau mahu sangat terbang
Pergilah kau dengan sayap baru kau
Terbanglah kau setinggi awan
Sayap aku patah
Aku tak boleh terbang
Jadi biarlah aku dibumi sahaja
Comments
Post a Comment