bersama
seribu tahun tidak bersuara juga tidak mengapa
aku sanggup diam membisu
asal dapat masih bersama
biar senyap seluruh dunia
bekulah kata kata
aku sanggup asal masih bersama
tidak mengapa segala duka dipendam
aku sanggup menahan perit pedih
biar luka berkulat sekalipun asal masih bersama
teramat kecil duka
terlalu halus luka
aku masih sanggup setia
kerana aku masih mahu bersama
aku sanggup diam membisu
asal dapat masih bersama
biar senyap seluruh dunia
bekulah kata kata
aku sanggup asal masih bersama
tidak mengapa segala duka dipendam
aku sanggup menahan perit pedih
biar luka berkulat sekalipun asal masih bersama
teramat kecil duka
terlalu halus luka
aku masih sanggup setia
kerana aku masih mahu bersama
Comments
Post a Comment