Rindu



Wahai bulan bintang yang jauh disana
Bilang padanya aku rindu dia
Wahai sang awan yang menemani angkasa
Bisik ketelinganya aku rindu dia

Tanpa dia malam-malam ku sunyi sepi
Tanpa dia maka kosonglah mimpi malamku
Tanpa dia seluruh dunia yang tadi bertempik gemuruh kini hilang
Senyap diam dalam sepi yang tak terhadam

Malam jangan biar bulan bercahaya
Biar gelita seluruh alam maya
Langit jangan izin awan turunkan hujan
Biar kering setiap taman

Kerana sesungguhnya aku cemburu padamu wahai bulan
Meski dari kejauhan dia mencari cahayamu
Kerana sesungguhnya aku cemburu pada kau wahai awan
Meski keletihan dia merindui teduhanmu

Maka biarlah malam tiada berbulan
Maka biarlah langit tiada berawan
Supaya menemani aku yang kerinduan
Supaya menemani aku yang kesepian

Comments

Popular Posts